Visit gettyimages.com for images like these
<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


PERHATIAN!!!MAAF ATAS KESULITAN...
-UNTUK COPY SEBARANG ARTIKEL DARI BLOG ANA,KLIK SINI-



Photobucket

.:TOKOH KEPIMPINAN ISLAM:.



.:My Profile:.



Aannajah
23 Tahun
Pengajian
sktam
skbb
smktiz
smka shams
kolej matrikulasi pahang
kolej ugama sultan zainal abidin(UDM)
Open University Malaysia KT
IMTIAZ
musafir ilmu...meningkatkn amal...melakukan dakwah..menyucikn hati dr segala sifat tercela...(KERANA ALLAH!!)

aannajah.blogdrive.com



.:Link Akhbar:.






-Agenda Pemuda-

-Tranungkite-

-Siasah-

-Berita harian-

.:Link Majalah:.


-Majalah I-

-Majalah Anis-

-Majalah Al-Islam-

-Majalah Nur-

.:Link TV:.


-TVpas-

-TV9-

-TV3-

.:Link Pilihan:.


Arabray
Portal komuniti muslimah
Portal ukhwah
Komuniti sahabathijjaz
Mymasjid
Portal Raudhah
Download nasyid
Bahan tarbiah
Youtube
Gambar2
Friendster
Al-Quran
Fiqh Medic
Cari buku
Al-kisah
Cerpen&novel
Web Islam
Imtiaz

.:Blog Siasah:.


.:Nisa' Terengganu:.
.:Nisa' Dungun:.

.:Blog AKHAWAT:.


.:ukht Syazana:.
.:ukht Serikandisufi:.
.:ukht an-nur:.
.:ukht mawarni:.
.:ukht alex:.
.:ukht syairah:.
.:ukht syahitusuci:.
.:ukht izzah:.
.:ukht ain:.
.:muslimat IPIJ:.
.:ukht ana_muslimah:.
.:ukht syabrah:.
.:ukht aimi:.
.:ukht iza:.
.:ukht munawwirah:.
.:ukht haziqah:.
.:ukht basyirah:.
.:ukht mira:.
.:ukht Hayah:.

.:Blog IKHWAH:.


.:ustaz nasrudin:.
.:ustaz hasrizal:.
.:akh aminuddin:.
.:akh Nuruddin:.
.:akh asyraf:.
.:akh shakir:.
.:akh zuldamanhur:.
.:akh felza:.
.:akh abdul kadir:.
.:akh abdul kadir2:.
.:akh amin idris:.
.:akh hayyi:.
.:akh abduh:.
.:akh kamal:.
.:akh ayie:.
.:akh Mujahid:.
.:akh Fansuri:.
.:akh ustaz2engineer:.
.:akh syinrayafa:.
.:akh anjang dahar:.
.:akh TG:.
.:akh mujahiddin:.
.:akh aburidhuan:.
.:akh imamazhari:.
.:akh Fahri:.
.:DPMS:.
.:LAUZAIE:.
.:akh syariff:.
.:akh Raja Sufian:.
.:akh Abdul Hadi:.

::RECENT POST::

|+| SANTAPAN ROHANI |+|

*[cerpen]nil masih mengalir
*[cepen]Biar Rindu Jangan Jemu
*[cerpen]Maal Hijrah buat Safiah
*[cerpen]Diari seorang isteri solehah
*[cerpen]Air mata di malam pertama....
*[cerpen]Cinta Kita CInta Perjuangan
*[cerpen]Cinta tersulam redha
*[cerpen]DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR
*[cerpen]Cinta sufiah
*[cerpen]cerpen islamik
*[cerpen]Shafiyah
*[cerpen]DEMI CINTAMU, HUSNIL KHATIMAH
*[cerpen]Shafiyah
*[cerpen]Kesungguhanmu..keredhaanku
*[cerpen]Amanah pemergianmu...
*[cerpen]SYAHIDULLAH!!!
*[cerpen]Cinta Isra�
*[cerpen]Akankah kutemui lagi akh Marwan?
*[cerpen]DISAAT AKU ISTIKHARAH
*[cerpen]remaja islam
*[cerpen]Hati seorang wanita yang berusaha menjadi solehah
*[cerpen]Cerpen Ramadhan
*[cerpen]calon solehah
*[cerpen]EGO SORG LELAKI
*[cerpen]Ranjau Sepanjang Jalan
*[sajak]JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
*[sajak]MUNAJAT ABJAD
*[sajak]Wahai Para Ikhwan (Hassan al Banna)
*[sajak]Islam agamaku
*[sajak]Nota Kecil Dari Palestin
*[sajak]MONOLOG BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG
*[sajak]Lelaki acuan Muhammad
*[sajak]Untuk MuJahid
*[sajak]Penderitaan Di Kosovo
*[sajak]Bicara adam
*[sajak]Wanita suci
*[sajak]Sequdus Taubat
*[sajak]Tolong Ingatkan aku
*[sajak]Semoga Diriku sebahagian drnya
*[sajak]Untuk bakal imamku
*[sajak]Renungkan siapakah kita di depanNya


|+| TAZKIRAH RINGKAS |+|

*6 sifat sahabat
*Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga
*Wanita dan rama-rama
*Amalan Dalam Islam
*Antara Sabar Dan Mengeluh
*Kebersihan Masjid..Tanggungjawab Bersama
*Muslimahku Sayang..
*Penyakit Hati
*Ikhwan Rasulullah...
*Nasihat Hassan Al-Basri
*20 perkara jangan
*9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
*Taubat perlu disegerakan
*Lima tanda hati keras membatu
*Tangisan Yang Dikasihi Allah
*10 perangkap syaitan
*Kaedah Menyucikan Hati
*Peringatan Dan Amaran Bagi Wanita
*Syaitan bantu orang ke masjid
*Kebaikan Dunia
*Tahajjud
*Tutuplah aurat
*Kata-kata hukama'
*Dunia penjara muslim kerana manisnya syurga
*Jihad seorang Wanita
*7 golongan dijamin syurga
*Sejarah maulid rasul
*5 jenis gelap dan penerang
*Luasnya neraka
*Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat
*Wasiat Imam Syafie
*Hari Valentine 14 Februari : Pendirian Islam
*Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?
*Gambaran manusia yang berdosa di Padang Masyar
*Penduduk Syurga
*Tazkirah Syaitan
*Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
*BETAPA BAIKNYA BUDI PEKERTI RASULULLAH S.A.W
*AMALAN RASULULLAH SAW.KETIKA TERJADI AWAN GELAP DAN ANGIN KENCANG.
*Amanat Seorang Sahabat
*Iktibar Dari Wasiat Saad Bin Rabe'
*Jangan Salahkan Musuh
*Jenis-jenis tangisan.....
*5 Tahap IMAN Manusia ..
*19 HADITH MENGENAI WANITA
*Renungan Berkeluarga ..
*Kisah Empat Isteri
*fadhilat ramadhan
*APA YANG KITA SOMBONGKAN?
*Syaitan mencuri kurma zakat
*Penghalang Doa
*Tahap Ketenangan Hati
*Gejala-gejala penyakit rohani
*10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam
*Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara
*Pujian dan Cacian
*10 JENIS SOLAT YANG X DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T ..
*Sejarah Puasa Assyura
*Riya'...Membinasakan Ibadat
*Enam Jenis Isteri Yang Menjahanamkan Suami ..
*BERSANGKA BURUK: FITNAH DAN MENGUMPAT ..
*Sabar
*DAKWAH FARDIAH
*Aurat Wanita
*Taubat selepas melakukan dosa
*Tips mencuci hati
*Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah
*Rasakan Kelazatan Persaudaraan
*Mengenali sifat pembela agama
*Rasakan Kelazatan Persaudaraan
*Hindari Kegelisahan
*20 kriteria yang harus dimiliki pejuang
*Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat
*Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan
*14 azab bagi mereka yang mengabaikan solat
*10 AMALAN YANG TERBALIK
*BERSANGKA BURUK: GHIBAH DAN BUHTAN
*AWASI LIDAH DARIPADA MEMBUAT FITNAH
*Larangan Berjahat Sangka
*Tegar dalam Menghadapi Ujian
*Antara Sebab Hati Tidak Tenteram
*Lima Asas Penting Jiwa Remaja
*Hari-hari penting
*walaupun hanya sejadah
*15 Tanda Tanda Orang Malas
*10 Pesanan Allah S W T Kepada Nabi Musa AS
*74 wasiat untuk PEMUDA
*Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah
*Kerana Banyak Berselawat
*6 perkara Allah sembunyikan
*8 Perkara Hiasan Bagi 8 Perkara
*Peranan hati dalam kehidupan
*Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan
*Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan
*10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA
*Dakwah bukan untuk pemikul yang manja
*Syubhah


|+| TOKOH |+|

*Nasihat as-syahid hassan al-banna
*Hamzah bin Abdul Mutthalib - Singa Allah
*Imam Bukhari
*Imam Malik
*Imam Abu Hanifah
*Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal.
*Imam syafie.
*Umar bin Abdul Aziz.
*Ashabul ukhdud
*Siti Khadijah-isteri Rasulullah
*FATIMAH AZ_ZAHRA
*Sumayyah
*Umar Mukhtar
*Ainul Mardhiah
*SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
*Handzalah
*Naelah al Farafisyah
*Abdullah ibn Ummi Maktum radhiallahu ��anh
*Imam Muslim
*Masyita
*Zainab Al-Ghazali
*SYED QUTB
*Isteri-isteri Rasullullah
*SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
*Khalifah Abu Bakar as-Shiddiq ra
*Khalifah Umar al-Khattab ra
*Khalifah Uthman bin Affan ra
*Khalifah Ali bin Abu Thalib ra
*Saidina Thalhah bin Ubaidillah ra
*Saidina Zubayr ibn al-Awwam ra
*Saidina Abdurrahman bin 'Auf ra
*Saidina Sa'ad bin Abi Waqqash ra
*Abu Ubaidah bin Jarrah ra
*Said Bin Zaid ra
*Salman Al-Farisi r.a
*Muaz bin Jabal r.a
*khaulah azwar
*Abu Hurairah r.a
*AL IMAM AS SYAHID HASSAN AL BANNA PENGASAS IKHWANUL MUSLIMIN
*ASIYAH...WANITA SOLEHAH DI ISTANA FIRAUN.....
*Panglima Khalid Al-Walid
*Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rh
*Dr. Abdul Aziz Ar-Ranteesi
*Biografi Syeikh Ahmad Yassin
*Syahid kecil, Mu'taz Nafidz Husein Al-Syarafi (11 tahun)
*siapakah dzulqarnain?
*Zainab al kubra.
*Ammar dikagumi Rasulullah
*Ummu sulaim
*Ummu saudah
*Siti Hajar
*Abu Umamah Al-Bahili
* Siti Hajar
*Asma binti Abu Bakar



|+| SEJARAH |+|

|+| ISU SEMASA |+|

|+| PENULIS KREATIF&KRITIS |+|









PENTING!!


.:Animasi:.




Ikim .fm


Nasyid.fm


Flower Dividers


.:.:.:.:KATA-KATA HIKMAH:.:.:.:.
Memulakan langkah memang perit...bertatih...jatuh...dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan terasa diri kembara sendiri...Mimpikan syurga idaman...sedangkan diri tidak tahan ujian...kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur...Titisan air mata yang kecewa...rupanya masih terlalu sedikit CINTA KASIH ini dipadu...mekar dalam jambangan setia pada PERJUANGAN ISLAM

"Bila KEKUATAN yang dipohon,Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi, bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon,Allah beri MASALAH untuk diselesaikan, bila KASIH ALLAH yang dipohon,Allah bagi DUGAAN untuk dihadapi dan setiap yang dipohon pasti DIUJI denganNYA
"

"
Kadangkala hidup ini akan membuatkan kita lemah untuk berjuang sebagai pejuang Allah dimuka bumi, namun Allah itu terlalu penyayang kerana masih mahu terus kita ingat bahawa kita dibawah pandangan dan tarbiyahNya,berbesar hatilah bahai saudara seperjuanganku, sesungguhnya kita berada dalam rahmat ujianNya.AYUH!bangkit dan teruskan perjuangan,dugaan dunia ini mematangkan perjalanan seorang JUNDULLAH

"
Bila hati diserah kepada Allah,tiada resah tiada gelisah,bila apa yang diburu hanyalah demi mardhatillah,hilang rasa gundah dan hidup akan rasa indah...jadikan Allah sebagai tempat pergantungan setiap saat, agar Dia sentiasa melindungi kita.....Ya Allah..kurnikanlah keredhaan,keampunan dan kasih sayangMu kepadaku,berikanlah ketenangan jiwa padaku yang tidak putus2..kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan yang diasak dan disentak dengankemenangan musuh Allah diganti dengan kemenangan pd PERJUANGAN ISLAM kembali
"

Ya Allah... Saat aku menyukai seseorang Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir Ya Allah... Saat aku merindukan seorang kekasih Rindukanlah aku pada yang rindu Cinta Sejati-Mu Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi Ya Allah... Aku hendak mencintai seseorang Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu Agar betambah kuat cintaku kepada- Ya Allah... Ketika aku sedang jatuh cinta Jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah... Ketika aku berucap aku cinta padamu Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu Agar aku tidak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu
Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.. .. Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan, riang ketawa tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia pd kehidupannya, jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya yang tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pendanglah ke langit, akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu

"Bila daie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam keranaya dan runtuhlah dakwah ditangannya. Saudaraku, kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seseorang daie berkata-kata, tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatimu. Maka, waspadalah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu

font face="Arial"size="2"color="#50508F">

Sebelum mata terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangnya diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiah dariNya dan menjadikan malanya indah dengan cinta, kasih sayang dariNya, apa yang didambakan selain cinta sang pencipta..alunan-alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah, moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi..

"Ya Allah...Janganlah dikau kuatkan dunia dihati kami, tapi kuatkanlah kekuatan dunia ini ditangan kami, janganlah kerana ujian ini, Dikau biarkan kami terus menjauhiMu ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiM, bersatu memikul beban dakwahMu, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada. Seandai perjuangan ini kami mulakan dengan BISMILLA, biarlah ia diakhiri dengan INNALILLAH..


"
Jika mereka sibuk mencari cinta.. biarlah kita sibuk mencari iman.. Jika mereka sibuk mencari pasangan.. biar kita sibuk mencari keredhaan. Jika mereka menangis krn kecewa bercinta biar kita menangis mengenang dosa-dosa smlm.. Jika mereka cintakan kemanusiaan.. biar kita cintakan TUHAN!! salam..terus juang..

Dimana dia 'dia' berada,pasti islamkan agung semula...ila sahaja 'dia' berbicara,pasti syaitankan membencinya...Untuk apa sahaja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya...Nurnya takkan pernah hilang sinar menerangi insan disekelilingnya...semoga dikaulah 'dia' yang menjadi kebanggaan agama ISLAM

Ya Allah..sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaaan kepadamu, dan hati-hati kami dengan ma'rifah kepadaMu.Sibukkanlah sepanjang hayat kami, siang dan malam kami dijalanMu dengan orang-orang yang soleha yang sudah mendahului kami..berkatilah amal-amal kami yang lalu dan tingkatkan lagi azam kami untuk berjuang dan istiqamah dalam agamaMu.



..::hiwar::..




Free chat widget @ ShoutMix




BINGKISAN ROHANI



Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker



.:INDAHNYA ISLAM:.



MASJIDIL HARAM














.:KAMPUS-KAMPUS:.







.:PRODUK HALAL:.






Ukhwah.com :: Top Blog



,br>

   

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
Thanks for stopping by!

RSS Atom
rss feed


Design: wordweave
Image: Getty Images


Forever Fields

.::bingkisan rohani::.

Saturday, July 25, 2009
7 Larangan Allah S.W.T

Antara banyak-banyak larangan Allah S.W.T kepada umat islam, hanya tujuh yang sempat saya cari.. Semuanya sudah jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Iaitu 1) Bahaya Pandang Memandang. 2) Bertemu Muka Sendirian . 4) Pakaian Di Luar Rumah. 5) Adab Bermusafir. 6) Hak Pendidikan. dan 7) Larangan Menunjukkan Perhiasan. Moga artikel ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya... Wassalam.

i) Bahaya Pandang Memandang

"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka......"(Surah An Nur : Ayat 31)


Buraidah .a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
kepada Saidina Ali .a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)


ii) Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan."(Riwayat Imam Ahmad dari Jabir .a.)


"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram." (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah .a.).


iii) Berjabat Tangan

Aisyah .a. berkata:

"Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at @ memujuk mereka itu dengan percakapan."
(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan
Turmudzy).


iv) Pakaian Di Luar Rumah


Firman Allah yang ertinya :

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)


v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW :

"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya."(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah .a.)


vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said .a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.
a.w.lalu berkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau, agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).".

Maka Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini." (Riwayat Imam Bukhari)


vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

Firman Allah S.W.T. :

"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka."(Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

Posted at 25.7.09 by aannajah
pandangan anda?  

Friday, March 27, 2009
Luqman Al-Hakim: Model Pentarbiyyahan Islam

Apabila menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa.Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan juga seminar-seminar yang kita hadiri.

Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran, dan juga sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh LUQMANUL HAKIM sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Luqman kepada anaknya ialah :

(1) Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama' (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

(2) Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

(3) Janganlah engkau tangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

(4) Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

(5) Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

(6) Tiga orang yang tidak dapat dikenali perangai sebenarnya melainkan pada tiga keadaan.Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

(7) Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

AQIDAH

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim.Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran, perkataan, mahupun tingkah laku.Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah ISLAM secara mendalam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain).Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 31)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kekotoran, kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.

Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan jika anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanan mereka?

Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental.Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa.Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, "Adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau?" Lalu aku bertanya kembali kepadanya, " Bagaimana cara mengingatiNya?", kemudian beliau berkata kepadaku, "Sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidahmu ; Allah bersamaku, Allah melihatku, dan Allah menyaksikanku".

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam.Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali hingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! Jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan kepada engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur."

Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksia." Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.

SOLAT

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai anak kesayanganku!Dirikanlah solat." (Surah Luqman:17) Islam memberikan keutamaan yang sangat besar dan berat kepada solat. Keutamaan ini tidak pernah diberikan kepada ibadah lain. Kenapa? Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah saw bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fisabilillah."

Solat yang dikehendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah swt.

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan. Sesungguhnya solat itu dapat menjaga seseorang dalam banyak perkara jika di teliti dengan sebaiknya.

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Sejarah Awal Islam di Parsi

Penawanan Islam di Parsi mengakhiri kerajaan Sassanid Parsi dan juga menandakan bermulanya kejatuhan Agama Majusi. Tetapi, pencapaian tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Sejak dari detik ini, bermulalah pencapaian tamadun Parsi dalam tamadun Islam.

Keadaan semasa

Empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arablogistik, bentuk muka buminya yang berbukit, kegiatan harian orang Arab dan maklumat yang diperolehi daripada mereka yang tinggal di sempadan tanah Arab. Bangsa Arab ketika itu dikenali sebagai bangsa yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di sempadan wilayah kedua-dua empayar. Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar dan kawasannya yang mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-dua empayar tidak berminat untuk menakluk semenanjung tanah Arab. Disebabkan itulah kedua-dua kerajaan menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak sebagai kerajaanLakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili empayar Parsi manakala kerajaan GhassanRom. Kawasan semenanjung Arab bukan merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini berdasarkan keadaan pengaman dan penampan daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu, kerajaan ditubuhkan sebagai lambang kuasa empayar ketika itu dikenali sebagai pusat persinggahan para peniaga yang berulang-alik ketika berurusniaga.

Selepas tamatnya peperangan antara tentera Rom Byzantine dan tentera Parsi Sassanid dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine yang terakhir di Nineveh pada tahun 627 M, kedua-dua empayar mengalami masalah dalaman yang serius seperti masalah cukai yang tinggi, pertembungan sosio-budaya antara kerajaan Arab-Parsi iaitu Lakhmid yang berpusat di Hirah dengan empayar naungannya kerajaan Parsi Sassanid dan kerajaan Arab-Rom iaitu Ghassan yang berpusat di Damsyik dengan empayar naungannya Rom Byzantine. Tambahan pula dengan kedua-dua pihak mengalami keletihan selepas tempoh peperangan begitu lama dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632 Masihi, seluruh penduduk semenanjung Arab disatukan di bawah agama Islam mula memberikan ancaman yang besar. Pengganti Nabi Muhammad, khalifah Abu Bakar mula melancarkan serangan ke atas Syria dan Palestin dan berjaya menyatukan kedua-dua bandar ini menjadi sebahagian daripada negara Islam. Namun begitu, kedua-dua kota ini dituntut oleh empayar Rom atau Byzantine dan juga empayar Parsi Sassanid. Peristiwa ini seterusnya mengubah suasana dan geopolitik serta pengaruh masyarakat Arab kepada tamadun dunia.

Ancaman

Setelah adanya ancaman ketenteraan yang serius dari pihak Arab Islam, kedua-dua empayar yang terkejut dengan serangan tentera Islam mula menumpukan kegiatan ekonominya untuk membiayai perbelanjaan ketenteraan bagi menghadapi kemaraan tentera Islam.

Kedua-dua empayar berpendapat bahawa serangan tentera Islam bukan hanya untuk melakukan kekacauan seperti mana keadaan Arab sebelum kedatangan Islam, tetapi serangan mereka lebih kepada perancangan untuk meluaskan jajahan serta menakluk wilayah Parsi dan Rom.

Ketika inilah bermulanya siri Peperangan Islam-Rom Byzantine di sebelah barat Arab dan peperangan Islam-Parsi di bahagian timur Arab.

Penawanan Islam di Iraq

Setelah kewafatan Khusrau II, seorang raja Sassanid, kerajaannya berpecah belah dan organisasi tenteranya menjadi kacau bilau. Ini memudahkan tentera Arab Islam menawan kota Hirah pada tahun 633M. Tentera Parsi Sassanid kemudiannya menyusun semula kepimpinan mereka sebaik sahaja raja Sassanid baru ditabalkan iaitu Yazdegerd III.

Khalid ibn al-Walid, seorang Panglima Besar tentera Islam, berjaya menawan Iraq dari tangan Parsi Sassanid pada Januari 634M menerusi beberapa siri peperangan.

Perang Berantai

Peperangan ini berlaku pada bulan April 633 M. Ia dinamakan Perang Berantai kerana sejumlah besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan Panglima Besar Hormuz diikat dengan rantai besi bagi mengukuh dan menguatkan serangan dan pertahanan secara berkumpulan. Dari segi teknikalnya, taktik ini akan memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh.

Bagi peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia mempunyai kelengkapan senjata berat dan tentera berkuda berat. Namun kelemahannya adalah pergerakannya yang lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang, Khalid ibn al-Walid mengatasi masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang pantas & cepat. Ia membuat strategi dengan mengumpan tentera Parsi mengejarnya dari daerah Kufier hinggalah ke daerah Kazima yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan yang dialami oleh tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa.

Setibanya tentera Parsi di Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera Islamelitnya untuk mengawal keselamatannya. Namun, kesemua tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah seorang panglima Islam iaitu Qa'qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam. Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid ibn al-Walid berjaya membunuh beliau. dengan secara mengejut. Sewaktu peperangan, Hormuz meletakkan beberapa orang tentera

Bagi tentera Parsi, rantai yang diikat di kaki mereka memberi peluang kepada tentera Islam untuk menyerang dengan lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah ribuan orang.

Perang Sungai

Lokasi peperangan ini terletak berhampiran dengan daerah Mesopotamia dan berlaku pada bulan April 633M. Tentera Parsi pimpinan Panglima Besar Karanz bin Karianz dengan dibantu oleh dua orang panglimanya yang terselamat dalam peperangan Berantai iaitu Qubaz dan Anusjahan.

Dengan kekuatan tentera seramai 30,000 orang, Karanz menyerang tentera Islam pimpinan Khalid ibn al-Walid yang jumlahnya hanya 18,000 orang, namun tentera Islam mampu bertahan dan sebaliknya mereka mampu menewaskan tentera Parsi.

Perang Walaja

Berlaku pada bulan Mei 633 M. Perang ini adalah di antara tentera Islam pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima Besar Indrazaghur. Kekuatan tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang dan tentera Islam ialah 18,000 orang. Dalam peperangan ini, tentera Khalid berjaya mengalahkan tentera Parsi dengan taktik yang cukup berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara mengejut dari dua arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid ibn al-Walid dalam peperangan ini. Sehari sebelum hari peperangan, Khalid ibn al-Walid menghantar dua regu tentera berkuda seramai 2,000 orang yang diketuai oleh Busr ibn Abi Rahm dan Sa'id ibn Abi Marra untuk bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang petempatan khemah tentera Parsi.

Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya, Khalid melantik Adi ibn Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil tentera berkuda pimpinan Khalid untuk menghadapi tentera Parsi.

Pada hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam, Panglima Besar Khalid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk membuat serangan balas. Indrazaghur terkejut dengan serangan dari arah belakang oleh dua pasukan berkuda tentera Islam pimpinan Busr dan Sa'id yang mana seterusnya menyebabkan kematian yang ramai bagi pihak tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban.

Perang Ullais

Juga dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei 633M. Selepas tewasnya tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang Walaja, tentera Parsi yang terselamat melarikan diri ke Ullais (10 batu dari Walaja).

Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh membawa ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa kerajaan HirahKhalid ibn al-Walid memimpin tenteranya melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai 15,000 orang. Sayap kiri diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai oleh Panglima Adi ibn Hatim. Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang berketurunan Arab dengan dibantu oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar. menghantar sejumlah tentera sehingga kekuatan saki baki tentera Parsi tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah sehingga 30,000 orang, Panglima Besar

Setelah mendapat maklumat risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith, Panglima Besar Khalid ibn al-Walid bergerak ke arah Ullais dan bertempur secara berdepan tanpa pendekatan taktikal yang khusus memandangkan Ullais berada di antara Sungai Khasif dan Sungai Furat. Namun begitu, seperti biasa, Khalid menggunakan tentera berkudanya untuk menewaskan tentera Parsi Sassanid ini. Walaupun begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari berikutan tentangan hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid ibn al-Walid memuji kekentalan musuhnya di dalam peperangan ini. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid ibn al-Walid sendiri.

Perang Hirah

Beberapa hari selepas pertempuran di Ullais, Khalid dengan kekuatan seramai 15,000 tentera Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka Parsi iaitu Lakhmid.

Pertahanan kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang tentera pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul Masih menggunakan manjanik untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluki kota tersebut. Namun setelah beberapa hari bertahan, kota yang tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Banyak peralatan peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam.

Perang ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan lagi pertahanan tentera Islam di timur Arab.

Perang Anbar

Selepas berjaya menakluki kota Hirah, Khalid ibn al-Walid mara ke suatu tempat yang bernama Anbar yang mana ia terletak 80 batu dari Iraq. Di sini tentera Parsi berpusat di dalam kota untuk bertahan daripada serangan tentera Islam.

Tentera Parsi terpaksa berundur dan bertahan kerana banyak peralatan peperangan mereka seperti manjanik mahupun kenderaan penggempur telah digunakan ketika peperangan di Hirah dahulu. Manakala bagi tentera Islam, dengan senjata dan peralatan peperangan yang baru dan terkini milik tentera Parsi yang dapat mereka rampas setelah beberapa kali memenangi pertempuran dengan tentera Parsi sebelum ini memberi kelebihan dari segi kelengkapan senjata untuk menjalankan operasi ketenteraan.

Di dalam pertempuran ini tentera Islam seramai 9,000 orang bertempur dengan tentera Parsi pimpinan Panglima Shirazad seramai 10,000 orang. Oleh kerana sukar untuk menembusi kota Anbar, maka Khalid mengarahkan tenteranya menggunakan manjanik untuk memberi tekanan kepada pertahanan musuh, manakala para pemanah pula diarahkan memanah mana-mana tentera Parsi yang menjengukkan kepalanya atau mengintai dari lubang kota.

Akibat tekanan dan serangan yang bertali arus daripada kumpulan pemanah tentera Islam semasa kepungan, akhirnya Shirazad menyerah dan tunduk kepada tekanan tentera Islam seterusnya membayar jizyah kepada kerajaan Islam.

Perang Ainul Tamar

Lokasi peperangan ini terletak di bahagian barat daerah Anbar. Tentera Parsi pimpinan Panglima Aqqa ibn Qays dapat ditewaskan oleh Khalid ibn al-Walid dan Aqqa sendiri dapat ditangkap oleh Khalid.

Perang Muzayyah

Pada November 633, seorang panglima tentera Parsi yang berpengalaman luas, Bahman Jadu dilantik oleh Yazdegerd III untuk menyusun semula kekuatan tentera Parsi supaya bergabung dengan saki baki tentera yang terselamat dalam Perang Ullais. Dengan menggerakkan tenteranya di Muzayyah sementara menanti sokongan daripada tentera Parsi yang telah berperang di Ullais, Bahman Jadu membuat garisan pertahanan di situ.

Dalam peperangan ini, Khalid ibn al-Walid membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan yang mana kumpulan pertama diketuai oleh beliau sendiri untuk berhadapan dengan tentera induk Parsi pimpinan Bahman di Muzayyah, kumpulan kedua diketuai oleh Qa'qa ibn Amru untuk berdepan dengan tentera sokongan Parsi di Husaid dan kumpulan ketiga diketuai oleh Abu Laila untuk berdepan dengan tentera bantuan Parsi di Khanafi. Dalam hal ini, Khalid berpendapat untuk memecahkan kekuatan tentera Parsi Sassanid, tentera Islam perlu berhadapan dengan tentera Parsi di tiga tempat yang berlainan dengan menggunakan tentera berkuda.

Hasilnya, tentera Islam dapat menyekat dan mencegah kemaraan tentera Parsi dalam pertempuran berskala kecil di tiga tempat yang berlainan. Taktik ini berjaya menewaskan kesemua tiga kumpulan tentera Parsi Sassanid. Jumlah kekuatan tentera Islam adalah 15,000 orang sementara tentera Parsi seramai 18,000 orang.

Perang Firaz

Buat pertama kalinya, Khalid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantine dan tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang.

Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluk wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantine.

Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid ibn al-Walid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari 634 M dan menawan hampir keseluruhan Iraq.

Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantine yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Nabi Muhammad yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-JarrahPeperangan Islam-Rom Byzantine. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid. dalam siri

Perang Jambatan

Berlaku pada bulan Oktober 634 M. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah.

Lokasi pertempuran ini terletak berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Ketika hari pertempuran, tentera Islam pimpinan Abu Ubaid mara dan menguasai medan peperangan. Namun Bahman kemudiannya menyerang balas terhadap tentera Islam dengan tentera bergajah mereka. Akibat daripada serangan tentera bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa berundur dan ini membuatkan tentera Parsi berjaya mengalahkan mereka. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini.

Seramai 4,000 orang tentera Islam terkorban syahid. Ketika itu tentera Islam kemudiannya dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Pengunduran tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan tentera Islam terkorban dengan lebih ramai.

Pada ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk menghancurkan kekuatan tentera Islam yang mempunyai petempatan sementara di Sungai Furat, Panglima Besar Parsi Rostam Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang ke Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya masalah dalaman negara. Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan balas pihak Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam pertempuran dengan tentera Parsi.

Selepas peperangan ini, tentera Islam mula memperlahankan rentak dan mengambil sikap hanya bertahan dengan membina sebuah markas pertahanan di Kufah. Ini kerana terdapatnya masalah logistik, kekurangan bekalan asas dan ketiadaan panglima perang yang cekap untuk memimpin tentera untuk menakluk negara Parsi. Dengan ini, operasi ketenteraan terhenti buat seketika waktu. Walau bagaimana pun tentera Parsi masih menganggap garisan pertahanan yang dibuat oleh tentera Islam memberi ancaman yang serius.

Perang al-Qadisiyyah

Pada tahun 636 M, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, dia mengatur langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang bijak.

Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera dibawah arahan Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari di mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang tentera pejalan kaki di bawah pimpinan Panglima Qa'qa ibn Amru. Qa'qa ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua. Ketika perbincangan dengan para panglima tentera, Qa'qa berpendapat tentera bergajah Parsi adalah ancaman utama bagi tentera Islam. Lalu, dia mencadangkan agar kuda-kuda dan unta-unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Taktik ini berjaya menakutkan gajah-gajah Parsi.

Pada hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn Utbah tiba. Di dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang sudah memeluk Islam iaitu Dakhar dan Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah dipotong dan mata gajah tersebut hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera bergajah Parsi. Taktik ini berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.

Pada hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas menyusun barisan tenteranya. Berbanding Khalid yang gemar menggunakan sepenuhnya tentera berkuda, kumpulan bersayap dan serangan balas yang pantas, Sa'ad lebih gemar menggunakan kumpulan pemanah. Penyusunan barisan tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki dengan bantuan kumpulan pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam. Sesuai dengan kemahirannya dalam memanah, Sa'ad ibn Abi Waqqas menggunakan sepenuhnya kumpulan pemanah di hari terakhir pertempuran yang membawa kepada kejayaannya di Qadisiyyah. Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam Farrokhzad terkorban dan inilah bermula titik tolaknya kejatuhan Empayar Parsi Sassanid.

Penawanan Penara Parsi

Walaupun Iraq dan ibu kota Sassanid berjaya ditawan tentera Islam, tetapi raja Sassanid, Yazdegerd III berjaya melarikan diri ke penara Parsi. Maka, para panglima Islam kemudiannya mara ke hadapan ke tanah Parsi. Mereka berasa bimbang Yazdegerd III akan menghimpunkan semula tentera Parsi dan menentang tentera Islam.

Yazdegerd walau bagaimanapun berjaya menghimpunkan semula tenteranya untuk berhadapan dengan tentera Islam. Pada tahun 642 M, pasukan ini berkubu di Nihawand 40 batu di selatan Hamadan. Khalifah Umar apabila mendengar berita ini, melantik Nu'man ibn Muqarrin sebagai Panglima Besar tentera Islam.

Perang Nihawand

Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.

Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.

Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.

Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan Afghanistan, Transxonia dan Balochistan. Setelah kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini diharamkan kerana dianggap melencong daripada ajaran sebenar.

Pengislaman Bangsa Iran

Pengislaman Bangsa Iran atau Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan dan mengambil masa yang lama. Ketika pemerintahan Umayyah, bahasa dan kebudayaan parsi diharamkan manakala tulisan Parsi digantikan dengan aksara Arab. Bangsa Parsi pula ditindas dan didiskriminasi. ini menyebabkan ramai Bangsa Iran benci terhadap pemerintah Arab dan Islam

Setelah kejatuhan wangsa Umayyah, tampuk kepimpinan Islam digantikan oleh Khalifah Abbasiyyah. Empayar bertukar kebijakan daripada bertumpu kepada Islam Arab kepada Islam keseluruhannya. Birokrat-birokrat kerajaan haruslah umat Islam tidak mengira suku bangsanya. Era ini menyaksikan ramai bangsa Iran memeluk Islam. Ketika zaman ini juga, terdapat migrasi bangsa Arab keluar semenanjung Arab.


Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Tunjukkanlah Aku Jalan Yang Lurus!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (Qur'an 1:6)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri dan rakan sekelian.

Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa bagaimanakah jalan yang lurus tersebut?

Allahu a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab. Jika kita melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat asal segala-galanya. Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia membawa implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu dibereskan pemahamannya
dan praktisnya agar terang jalan Islam yang kita lalui.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31)

Maka jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan di atas muka bumi, terlampau banyak manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana kita berdepan dengan hal ini?

Perlulah kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan rasulullah), maka ia perlu diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam menaakul hal ini agar amal yang kita teruskan adalah dalam kehatian laksana melalui jalan yang berduri ( definisi taqwa Saidina Umar).

Bila memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan lebih menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya jalan selamat dan lurus menuju Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran pertelagahan yang banyak berlaku di kalangan umat Islam sekarang ini adalah disebabkann pemahaman berbeza dalam kalimah tauheed ini yang menjadi asas perubahan (asas-ul-inqilaab) dalam masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan generasi di zaman Rasulullah.

Cukuplah untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu yang buruk dari Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara' (berlepas diri dari sesuatu) yang wujud dalam kalimah tauheed, sebagai asas penaakulan kita, adalah paralel dengan kaedah ini.

Sebagai seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di bawah yang tercatat dalam Surah Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A'raf (Quran 7:59)

1) Melakukan kekufuran
2) Menimbulkan permusuhan
3) Menimbulkan kebencian sesama sendiri
4)Memutuskan silaturrahim

Itulah antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia yang boleh mengaku dia berada di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh ALlah. Lantaran itu kepada sahabat sekelian, marilah kita bertolongan atas kebajikan dan taqwa, dan kita tidak akan membantu sama sekali hal yang membawa dosa dan permusuhan agar jalan lurus yang satu daripada 72 golongan itu adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini lantaran menuntut
ilmu adalah wajib dan kita akan disoal di akhirat nanti masa yang ada samada digunakan untuk mempelajri ilmu Allah atau disiakan dalam ilmu duniawi semata-mata.

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Jiwaku Memanggilku

Jiwaku berkata padaku dan menasehatiku agar mencintai semua orang yang
membenciku, dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.

Jiwaku berkata padaku dan mengungkapkan kepadaku bahwa cinta itu tidak hanya
menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai.

Sejak itu bagiku cinta ibarat jaring laba-laba diantara dua bunga, dekat
satu sama lain; menjadi lingkaran cahaya tanpa awal dan tanpa akhir,
melingkari apa yang telah lahir dan memupuk selamanya untuk merengkuh yang
akan hadir.

Jiwaku menasihatiku dan mengajariku agar melihat kecantikan yang ada dibalik
bentuk dan warna.

Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai
nampaklah keelokannya.

Jiwaku menasehatiku dan menegurku agar menghargai waktu dengan mengatakan "
ada hari kemarin dan ada hari esok".

Demi masa sesungguhnya manusia dalam keadaan merugi
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
Dan saling nasehat menasehati dalam kebenaran
Dan nasehat menasehati dalam kesabaran.

Jiwaku menasehatiku dan memintaku
Agar tidak merasa mulia karena pujian
Dan agar tidak disusahkan oleh ketakutan karena cacian.
Sampai hari ini aku ragu akan harga pekerjaanku;
Tapi sekarang aku belajar:

Jiwaku menasehatiku dan meyakinkanku
Bahwa aku tak lebih tinggi ketimbang cebol ataupun tak lebih rendah dari
Raksasa.
Sebelumnya aku melihat manusia ada dua:

Satu: Seorang yang lemah yang kucaci dan kukasihani
Dua: Seorang yang kuta yang kuikuti, maupun yang kulawan dengan
pemberontakan.

Tapi sekarang aku tahu bahwa aku bahkan dibentuk oleh tanah yang sama dari
mana semua manusia diciptakan.

Jiwaku menasehatiku dan mengingatkanku:

Bahwa aku adalah debu dimata Allah
Bahwa aku adalah lemah dimataNYA
Bahwa akumiskin dibanding kerajaan NYA
Tiada aku boleh merasa besar kecuali oleh NYA
Kesombongan itu hanya milikNYA
Dan semua yang berlangsung adalah iradatNYA
Tapi pernahkan kita pernah sungguh-sungguh memikirkannya?

Fitnah yang terjadi mana-mana
bagai ular-ular tukang sihir Fir'aun
menyebar di kota dan didesa-desa?
Tercerai kita olehnya
Tanpa kita sadar, Tanpa kita kuasa
Terbius kita oleh retorika tanpa makna
mengkotak kita dalam kebodohan yang terencana

Jiwaku menasehatiku, Saudaraku, dan menerangiku.
Dan seringkali jiwamu menasehati dan menerangimu.
Karena engkau sama seperti diriku, dan tiada beda diantara kita
Kujaga apa yang kukatakan dalam diriku ini dalam kata-kata yang kudengar
dalam heningku.

Dan engkau sahabatku jagalah apa yang ada dalam dirimu, dan engkau adalah
penjaga yang sama baiknya seperti banyak kukatakan ini.

Wahai sahabatku semoga sisa hidupmu menjadi hidup yang penuh arti dan
bermanfaat? dan pintu hatimu terbuka untuk menerima kenyataan.

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Tahap Ketenangan Hati

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w, malah sejak awal sejarah manusia, Allah
menjadikan hati hamba-hamb-Nya yang menerima Islam tenang tenteram
dengan menurunkan berita gembira (busyra) melalui wahyu. Sebenarnya
kedatangan para rasul bersama dengan agama Allah itu membawa berita gembira,
membawa kesejahateraan, kepada umat manusia.

Antara kandungan berita gembira itu ialah tentang janji (wa'ad) Allah
akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan balasan syurga
kepada hamba-hamba-Nya yang taat, tentang darjat kemuliaan yang tinggi dan
kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat dan tentang sifat-sifat
kemurahan, keampunan, keluasan rahmat dan limpah kurnia Allah 'Azza wa
Jall yang tidak terhingga ke atas hamba-hamba-Nya.
Penyampaian berita gembira itu adalah untuk mencetuskan rasa harapan
(raja`) atau rasa optimis di kalangan umat Islam.

Akan tetapi perlu diketahui, di samping berita gembira itu, disampaikan
juga berita sebaliknya yang mengandungi ancaman atau amaran (indzar)
tentang janji (wa'id) Allah dalam hal pembalasan azab neraka untuk
mencetuskan rasa bimbang dan takut (khauf) atau rasa pesimis di hati para
hamba Allah.

Dengan yang demikian, hati umat Islam akan sentiasa di dalam
keseimbangan antara dua pengalaman rasa hati tersebut_rasa optimis dan pesimis.
Yakni, tidak terlalu optimistik yang menyebabkan mereka lupa daratan dan
tidak terlalu pesimistik yang mengakibatkan mereka kecewa atau putus
asa.

Hal keseimbangan atau kesederhanaan dalam melayani kedua-dua pengalaman
rasa itu amat penting untuk manusia mempertahankan ketenangan hati
rohaniah mereka. Justeru, para rasul diutuskan oleh Allah untuk
menyampaikan berita gembira dan amaran tersebut kepada manusia. Allah berfirman,
maksudnya :

Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita
gembira (mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi
: 56).
Sebagai contoh, dalam ayat berikut (dan ayat-ayat lain selepasnya yang 
berkaitan) terdapat kedua-dua unsur berita tersebut, iaitu unsur amaran
dan unsur berita gembira. Perhatikan :
Katakanlah, sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan memberi petunjuki ke jalan-Nya kepada orang-orang yang bertaubat.
(al-Ra'd : 27).
Allah swt memerintah Rasul-Nya agar menyampaikan berita gembira,
khususnya kepada hamba-hamba pilihan-Nya sebagai-mana yang tersebut dalam
ayat berikut :
Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh
kepada Allah, iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah
bergementarlah hati mereka; orang-orang yang sabar terhadap apa (musibat) yang
menimpa mereka; orang-orang yang mendirikan shalat dan orang-orang yang
menafkahkan (mengeluarkan zakat/sedekah) sebahagian daripada apa yang
Kami rezeikan kepada mereka. (al-Hajj : 35).
Berdasarkan ayat di atas, selain mendapat ketenangan hati rohaniah
melalui berita gembira, hamba Allah berpeluang menempah ketenangan hati
rohaniah melalui amal ibadat kepada Allah (ibadat zahir dan batin, ibadat
yang wajib dan yang sunat) yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan
(semata-mata kerana Allah).
Antara amalan sunat untuk mendapat ketenangan jiwa (hati rohaniah) itu
ialah zikrullah (menyebut dan mengingati Allah). Allah berfirman,
maksudnya:

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi aman tenteram!
(al-Rad : 28).
Dan firman-Nya lagi : 
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu kitab
(al-Quran) yang serupa lagi berulang-ulang, bergementarlah kerananya kulit
orang-orang takut kepada Tuhan mereka. Kemudian menjadi tenang kulit dan
kalbu mereka sewaktu mengingati (janji) Allah. (al-Zumar : 23).
Dalam ayat di atas terdapat isyarat tentang keseimbangan antara khauf
dan raja` (rajak)_dua unsur pengalaman rasa hati yang tersebut.
Sebaik-baik lafaz zikir_selain zikir yang dimaksudkan dengan
"mengingati Allah / janji Allah"_ialah kalimah tauhid / kalimah takwa
(kalimatul-taqwa) atau kalimah syahadah. Diriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang mengucapkan kalimah
'La ilaha illallah' ( ).
Ketenangan dan keteguhan hati rohaniah atau kemantapam iman, termasuk
takwa dan sebagainya itu merupakan kurniaan Allah yang berkaitan dengan
nikmat yang disebut petunjuk atau hidayah, iaitu satu nikmat paling
besar daripada Allâh "Azza wa Jall kepada hamba-hamba pilihan-Nya.
Antara manusia pilihan Allah yang diberi petunjuk ialah para rasul,
anbia, aulia, orang-orang yang berilmu (ulamak), orang-orang beriman
(mukminun/mukminat) dan orang-orang bertaubat. Allah berfirman, maksudnya:

Dan, sesungguhnya Allah adalah Petunjuk ke jalan yang lurus kepada
orang-orang yang beriman. (al-Hajj : 54).
Dan barang siap yang beriman kepada Allah, nescaya Dia memberi petunjuk
kepada hatinya. (al-Taghâbun : 11).
Nikmat hidayah tersebut menjadi pokok atau asas utama dalam
perkembangan hati rohaniah. Tanpa hidayah, hati itu menjadi kosong dan akan segera
dipenuhi oleh jerbu kesesatan dan kelalaian. Allah berfirman, maksudnya
:
Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang mendapat
petunjuk, dan barang siapa dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau
tidak dapati seorang pun pemimpin yang memberi petunjuk kepadanya.
(al-Kahfi : 17)
Orang-orang yang beriman, di samping diberi petunjuk, diturunkan pula
ketenteraman ke dalam kalbu mereka agar bertambah lagi keimanan mereka,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :
Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan (iman) ke dalam kalbu
orang-orang yang beriman supaya mereka menamabahkan lagi keimanan di
samping keimanan mereka. (al-Fath : 4).

Ternyatalah, kemantapan iman adalah menjadi asas bagi ketenangan hati
rohaniah. Ketenangan hati rohaniah ini bertimbal balik pula dengan
keteguhan hati rohaniah dan kemantapan iman itu.

Tahap-tahap pencapaian dalam laluan ke puncak ketenangan hati rohaniah
banyak dan pernah dibincangkan dengan panjang lebar.  Antara
pengalaman-pengalaman lahir dan batin yang perlu ditempuh dan dikuasai terlebih
dulu sebelum menakluki puncak ketenangan hati rohaniah itu ialah : Iman,
ilmu, takwa, rajak, khauf, taubat, ibadat dan zikrullah. Wallahu a'lam.
 

- Muhammad Isa al-Jambuli

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Manis Di Mulut Busuk Di Hati


Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hat seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Kami Beriman

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)" "Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (al-Ankabutt 2-3) Ketika perkara ini dinyatakan, keadaan di Mekah sangat menekankan. Sesiapa yang menerima Islam menjadi sasaran penganiayaan, penghinaan dan penyiksaan. Sekiranya dia seorang hamba atau orang miskin, dia akan dipukul dan disiksa dengan siksaan yang sangat kejam. Sekiranya dia seorang peniaga, dia akan menghadapi tekanan ekonomi yang sangat berat malah kebuluran. Sekiranya dia dari kalangan keluarga yang berkedudukan, kaum keluarganya sendiri akan menghina dan menyakitinya dengan pelbagai cara dan menyusahkan kehidupannya. Perkara ini menimbulkan suasana ketakutan di Mekah. Kebanyakan orang takut untuk beriman dengan Rasulullah SAW walaupun mereka percaya bahawa baginda adalah utusan Allah yang sebenarnya di dalam hati-hati mereka. Malah ada juga mereka yang pada mulanya beriman tetapi kemudiannya tunduk dan mengalah kepada orang-orang musyrik apabila diancam dengan siksaan-siksaan yang kejam. Namun begitu, perkara-perkara ini tidak dapat mengoncang keimanan para sahabat yang teguh. Tetapi tetap ada di kalangan mereka yang kadang-kadangnya tidak tertahan dengan ketakutan dan kesusahan yang dihadapi. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Nasaie, Khabbab bin Arat berkata, "Pada masa kami menjadi sakit akibat penyiksaan oleh orang-orang musyrik, pada suatu hari aku melihat Rasulullah SAW sedang duduk di bawah lindungan bayang dinding Kaabah. Aku pergi pada baginda dan berkata, `Ya Rasulullah, tidakkah kamu berdoa untuk kami? Mendengar pertanyaanku ini , muka baginda menjadi merah dan baginda berkata `Orang-orang yang beriman sebelum kamu telah dihadapkan dengan penyiksaan yang lebih berat lagi. Sesetengah daripada mereka didudukkan di dalam parit di dalam tanah dan digergaji menjadi dua bahagian dari kepala ke kaki.. Sendi-sendi seorang itu digosok dengan sikat besi untuk menghalangnya daripada keimanan. Demi Allah, misi ini akan terlaksana dan masanya tidak lama lagi apabila seseorang akan bermusafir tanpa apa-apa ketakutan daripada Sana ke Hadramaut dan tidak ada sesuatupun melainkan Allah yang dia takuti." " Tidak ada seorang pun yang akan layak menerima janji Allah untuk kejayaan di dunia dan di akhirat semata-mata dengan pernyataan keimanan dari mulut, sebaliknya setiap pengakuan keimanan mesti melalui ujian dan mehnah demi membuktikan kebenaran pengakuannya. Syurga Allah tidaklah murah, dan kurniaan-kurniaan Allah di dunia ini bukanlah tidak berharga, lantas Allah mesti memberikannya kepada kita sebaik sahaja kita membuat pengakuan keimanan kepada Allah. Dugaan-dugaan ini adalah syarat-syaratnya. Kita akan melalui kesusahan semata-mata kerana Allah, menderita kehilangan nyawa dan harta, menghadapi bahaya dan kesusahan; kita akan diuji dengan ketakutan dan kebakhilan; kita akan mengorbankan segala yang kita sayangi demi keredhaan Allah, dan mengalami segala kesulitan di jalan Allah. Selepas itu barulah nyata sama ada pengakuan keimanan kita terhadap Allah itu benar atau palsu" Perkara ini banyak dikatakan dalam Al - Quran bila mana orang-orang Islam berada dalam kesusahan, kepayahan dan penuh dengan ketakutan dan kebimbangan. Apabila orang Islam baru sahaja berhijrah ke Madinah, mereka menghadapi tekanan ekonomi yang berat dan bahaya dari luar dan dalam akibat angkara orang-orang Yahudi dan munafik, Allah swt berfirman (mafhumnya), "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai pada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan ( kemusnahan harta-benda ) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada besertanya: "Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya petolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)" (al Baqarah 214) Begitu juga selepas peperangan Uhud orang Islam sekali lagi menghadapi suasana musibah. Maka Allah swt berfirman (mafhumnya), "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad ( yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan?) (ali Imran 142 ) Juga rujuk Ali Imran 179, At Taubah 16, Surah Muhammad 31 Mati Hanya Sekali, Maka Jadikan Ianya di Jalan Allah

Posted at 27.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Friday, March 20, 2009
syubhah

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari kerja yang biasa saya masuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 'chocolate brownies'. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

"Ah ayah, kenapa tak boleh?" gusar si adik.
"Ia dilabel PG-13, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!"

Ayahnya membalas,
"Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum."

"Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem yang cakap begitu!"

"Jawapan ayah ialah "tidak" dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion."

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,

"Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu."

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.


Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata,
"Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua."

Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.

"Ayah dah lembut hati," bisik hati mereka.

"Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam gred A, gula organik yang terbaik, vanilla premium dan coklat."

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh 'khutbah' ayahnya yang semakin panjang.

"Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah."

"Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?" tanya si abang.

"Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya."

"Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu" pinta si adik.

"Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga".

"Ayahh.." pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

"Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!"

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.


Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

"Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu".

"Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!"

"Tak ayah… kami tetap taknak makan!"

"Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini".

Posted at 20.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Renungkan siapakah kita di depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
Tanpa di isi dengan amalan hari esok.

jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,
Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.
Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...
RENUNGKANLAH...

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???

Posted at 20.3.09 by aannajah
pandangan anda?  

Don't buy Vista Security
Next Page