PERHATIAN!!!MAAF ATAS KESULITAN... ![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
.:TOKOH KEPIMPINAN ISLAM:.
-Agenda Pemuda- -Tranungkite- -Siasah- -Berita harian-
-Majalah I- -Majalah Anis- -Majalah Al-Islam- -Majalah Nur-
-TVpas- -TV9- -TV3-
Arabray Portal komuniti muslimah Portal ukhwah Komuniti sahabathijjaz Mymasjid Portal Raudhah Download nasyid Bahan tarbiah Youtube Gambar2 Friendster Al-Quran Fiqh Medic Cari buku Al-kisah Cerpen&novel Web Islam Imtiaz
.:Direktori blog2 PAS:. .:Nisa' Terengganu:. .:Nisa' Dungun:.
.:ukht Syazana:. .:ukht Serikandisufi:. .:ukht an-nur:. .:ukht mawarni:. .:ukht alex:. .:ukht syairah:. .:ukht syahitusuci:. .:ukht izzah:. .:ukht ain:. .:muslimat IPIJ:. .:ukht ana_muslimah:. .:ukht syabrah:. .:ukht aimi:. .:ukht iza:. .:ukht munawwirah:. .:ukht haziqah:. .:ukht basyirah:. .:ukht mira:. .:ukht Hayah:.
.:ustaz nasrudin:. .:ustaz hasrizal:. .:akh aminuddin:. .:akh Nuruddin:. .:akh asyraf:. .:akh shakir:. .:akh zuldamanhur:. .:akh felza:. .:akh abdul kadir:. .:akh abdul kadir2:. .:akh amin idris:. .:akh hayyi:. .:akh abduh:. .:akh kamal:. .:akh ayie:. .:akh Mujahid:. .:akh Fansuri:. .:akh ustaz2engineer:. .:akh syinrayafa:. .:akh anjang dahar:. .:akh TG:. .:akh mujahiddin:. .:akh aburidhuan:. .:akh imamazhari:. .:akh Fahri:. .:DPMS:. .:LAUZAIE:. .:akh syariff:. .:akh Raja Sufian:. .:akh Abdul Hadi:. ::RECENT POST:: |
.::bingkisan rohani::.
"KAU lelaki tak punya perasaan." Sergah
suatu suara mematikan lamunanku suatu petang. "Kau lelaki pasif. Angkuh dan ego dengan
kekacakanmu. Tidak pernah memikirkan hati manusia lain yang bernama
wanita." Suatu suara lain lebih merdu persis suara wanita. "Aku?" Aku bertanya suara-suara yang
aku dengar tadi. "Ya..." Mereka menjawab serentak. Aku
terkasima. "Siapa kamu berdua. Apa tujuan kamu
mengganggu aku?" "Kau tak kenal kami Akhi?" Soal suara
si wanita yang merdu itu. Aku cuma menggeleng. Tubuhku mula menggeletar. Aku
bukan bermimpi lagi. Suara itu semakin jelas didengari. Ia bukan ilusi. "Aku tak kenal kamu berdua!" Jelasku
bernada getar. "Kau yang mencipta kami. Kau lupa?" "Cipta??? Cipta... aku cipta kamu
berdua?" Aku semakin bingung. "Bila pula aku cipta kamu berdua?"
Aku kembali melontar persoalan. "Kau memang cepat lupa... Akhi. Aku tahu kau
seorang penulis karya seni tapi hari ini kau melupakan watak-watak karyamu yang
pernah kau cipta itu." Suara si lelaki mendatar. Aku dapat membaca
kekecewaan yang terzahir. "Kau kagum bila karyamu dipuji-puja. Tapi
kau sepatutnya merasa bersalah menciptakan watak-watak seperti kami! Apa motif
kau berkarya Akhi?" Soalan merdu wanita tadi kembali menghantui. "Kenapa pula kamu berdua kata begitu?"
Aku memberanikan diri bertanya suara-suara tadi. Aku bangun dari katil bujangku
mengahampiri jendela bilik di sebelah barat. Suara tadi seolah-olah terpacul
dari situ. Aku yakin aku perlu mendapatkan penjelasan selanjutnya dari mereka. "Habis???" Soal suara si lelaki
kembali. "Aku tidak gemar berbicara dengan orang yang
tidak aku kenali!" "Kau memang pandai mencipta provokasi dan
falsafah yang menyusahkan orang." "Aku tidak bermaksud begitu." "Itu bukan urusan aku." "Siapa kamu berdua? Aku lebih suka
mengenali..." Tuturku lembut. "Baiklah... Aku jelaskan padamu yang aku ini
watak yang pernah kau cipta dalam karyamu. Aku muncul untuk menuntut hak
aku." "Hak kau??? Siapa kau wahai suara?" "Aku Syam. Kau tentu kenal bukan?" Syam! Akalku ligat berfikir. Mencari insan
bernama Syam. Tetapi gagal untuk bertemu. Aku jadi serba salah. "Aku Aisyah." Sambung suara merdu yang
kian lama terdiam. "Syam... Aisyah?" Aku masih mencari. "Kami berdua watak yang kau cipta dalam
karyamu yang berjudul Dia Seorang Teman (Maafkan Aku Aisyah). Apa kau dah lupa.
Ahhh.. sesingkat itu kau melupakan kami." "Aku masih ingat..." Jawabku sepontan. "Ha.. Ha.. ha.. ha... Hi.. hi.. hi.."
Suara Syam dan Aisyah ketawa mengilai. Aku berundur sedikit ke belakang.
Tubuhku seram sejuk. Aku rasa mahu saja aku terus lari meninggalkan suara-suara
tadi. Suara-suara yang aneh dan menakutkan. Bulu romaku kembali terpacak. Tiba-tiba pintu bilikku terkuak. Aku terkejut
lagi untuk kesekian kalinya. Jantungku berdegup semakin kencang. Kak Long masuk
ke dalam bilikku sambil menatang sedulang juadah. Aku mengawal diri supaya
tidak timbul syak di hati Kak Long. Peristiwa tadi biarlah menjadi igauanku
seorang. Kak Long tersenyum ke arahku. Aku membalas dengan senyuman yang
hambar. Suara-suara tadi sudah menghilang entah ke mana. "Hai Syam lain macam saja akak tengok.
Kenapa?" "Syam tak apa-apa." Ujarku manja. "Ada masalah ke adik akak ni?" "Tak adalah Kak Long!" "Betul ni?" Aku mengangguk terharu. Kak
Long meletakkan dulang berisi juadah minum petang di atas meja. Aku cuma
memerhatikan. "Ishk... sayang betul Kak Long kat Syam.
Buat susah susah saja." Aku berbasa-basi. Senyuman Kak Long semakin manis.
Kak Long mencapai sebuah Novel dari rak bukuku seraya menunjukkan reaksi
meminjam sambil berlalu keluar. Pintu kembali tertutup. Kak Long minat membaca.
Malah dia pernah menulis Cerpen dan puisi. Tetapi Kak Long sudah usai semenjak
bersuami. Aku merapati meja bacaanku. Kemudian menekan punat power supaya
Komputer peribadiku yang semakin dimamah usia itu kembali bertugas. Akalku
ligat mencari-cari watak-watak yang pernah aku ciptakan. Seolah ianya seperti
tugasan dari suara-suara tadi yang kian mengahantui benak. Aku mula menceroboh
fail-fail yang tercipta dari folder-folder yang berlambak-lambak itu. Kuselak
satu demi satu karya-karya yang pernah aku hasilkan. Bermula dengan
puisi-puisi, esei dan cerpen. Aku lebih tertarik menyelongkar cerpen, kerana
biasanya aku gemar mencipta watak menerusi cerpen atau novel. Jarang aku
mencipta watak-watak lain dalam genre penulisanku yang lain. Akhirnya aku menemui cerpen berjudul Dia Seorang
Teman. Seperti yang dinyatakan suara-suara tadi. Aku terus menekan mouse
komputerku. Malangnya fail itu sudah kosong. Ini bermakna aku harus
menyelongkar disket pula. Usaha tidak berpenghujung di situ walaupun disket
yang aku maksudkan itu telah dipinjam oleh adikku Syahrul. Mindaku kembali ligat
memikirkan alternatif menemukan kembali kisah Dia Seorang Teman (Maafkan Aku
Aisyah). Akhirnya aku mampu membuat konklusi dari sinopsis
yang aku cantumkan dari ingatan yang menerpa membantu. Sebenarnya 'Dia seorang
teman' adalah sebuah cerpen yang mengisahkan tentang kehidupan dua orang teman.
Watak hero bernama Syam; seperti namaku dan heroinnya bernama Aisyah.
Berlatarkan kehidupan sebagai anak desa Tambak Budi sebuah kampung nelayan Syam
dibesarkan dalam keluarga sederhana dan belajar hidup berdikari sejak kecil
lagi. Manakala Aisyah membawa watak gadis pintar yang juga anak jati Tambak
Budi tetapi membesar dan menghabiskan usia kanak-kanaknya bersama Ibu
saudaranya di daerah lain. Bapanya seorang pesara tentera sedang ibunya pula
seorang pendidik. Syam bertemu Aisyah di Pantai desanya sewaktu berhibur
mendengar kicauan camar dan memerhati alam. Kebetulan mereka satu sekolah malah
sekelas. Semenjak sapaan pertamanya dibalas, Syam dan Aisyah membina keakraban
sebagai kawan sekelas. Berpendidikan di Sekolan Agama dan tinggal di asrama.
Mereka membawa watak bijak sehingga berjaya cemerlang dalam peperiksaan PMR dan
SPM hasil kecekalan usaha bersama. Setelah SPM diumumkan Syam dan Aisyah
memohon ke Matrikulasi UIAM. Permohonan mereka berjaya. Namun Keluarga Syam
menginginkan dia melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Kemahuan keluarga
diturutkan dan Aisyah terasa diabaikan. Aisyah hilang pertimbangan. Dia
menghilangkan diri. Sewaktu permusafiran Syam ke Jordan, Aisyah menukar haluan.
Dia tidak mendaftar di Matrikulasi UIAM sebaliknya memilih untuk belajar di
Kolej Swasta. Tinggal bersama rakan-rakan liar di rumah sewa. Aisyah mula
berubah. Dia meninggalkan kelazimannya menutup aurat. Akhirnya Aisyah terjebak
alias diseret ke dunia jengkel Lesbianisme. Mencintai kaum sejenis dan hubungan
Seks di luar tabie. Syam terpana sewaktu mengetahui berita itu melalui buku
kecil milik Aisyah yang sengaja ditinggalkan terlempar di pantai sewaktu
bertemu dengan Syam yang baru pulang dari Jordan. Dari apa yang tertulis dalam buku itu, barulah
Syam mengerti Aisyah menaruh harapan yang tinggi dalam hubungan mereka.
Diruntun desakan ibunya (syam) supaya perhubungan antaranya dengan Aisyah ada
pertalian dan ikatan. Akhirnya Aku (penulis) menemukan jodoh mereka. Syam
bertemu Aisyah di pantai setelah memohon petunjuk melalui solat istikharahnya.
Syam melamar Aisyah. Cinta yang terbina dari kekuatan kesetiaan. Percintaan
perlu ada pertautan iaitu perkahwinan. Namun sayang sekali.... adakah Syam yang
terlambat atau Aisyah yang bersalah!!! AaaaaahhhhHHHHHH…..!!!!! Pening! Mindaku ligat
berfikir tentang kisah yang pernah aku nukilkan. Di mana salahku? Sehingga aku
diserang suara-suara ganjil yang mengaku sebagai Syam dan Aisyah. Aku pernah
mencipta watak-watak lain. Misalnya watak Alif sebagai hero dalam cerpen
berjudul 'Lagenda Gadis Kedai Bunga', watak Wirda heroinnya, Watak Fatimatul
Zahra dalam cerpen 'Warkah Buat Puteriku', watak Taufiq, Fuad, Azmi dan Fikri
dalam 'Air Mata Karbala Menitis di Kota Kaherah', Alif, Siti, Fakrul dan Saiful
dalam Nostalgia 797 malah banyak lagi; kesemuanya tidak pernah mengganggu aku.
Tapi watak Syam dan Aisyah dalam cerpen Dia seorang Teman tiba-tiba menggangguku pula. Mengapa?
aHHH... Aku kepeningan memikirkan hal itu. Apa salah aku sehingga Syam dan
Aisyah seolah tidak berpuas hati denganku. Aku Buntu! Aku menemukan mereka sebagai pasangan kawan yang
ideal pada awalnya. Aku tautkan kasih sayang yang lahir dari jiwa seorang
teman, sehingga saat perpisahan mereka dirasakan amat berat kala remaja. Aku
wujudkan perasaan cinta yang terbina dalam runtunan jiwa remaja mereka berdua
sewaktu dipisahkan. Dan aku temukan mereka di desa asal mereka sehingga Syam
akhirnya menyatakan kecintaan yang lahir dalam jiwa mereka yang sudah lama
terbina. Akhirnya aku tautkan percintaan murni mereka itu dengan perkahwinan
sebagai ikatan yang sah. Di mana lagi silapku? Ah! Barangkali benarlah seperti
yang pernah dituturkan; 'Sesuatu kelebihan yang ada pada diri seseorang,
kadang-kala dinilai sebagai kelemahan oleh mereka yang berada di pojok yang
lain.' Plot-plot cerpen Dia Seorang Teman ligat bermain
di mindaku. Aku mencicip milo yang masih berasap yang dihidang Kak Long.
Kujamah cucur udang cicah kuah kacang pekat. Aku tersenyum sendiri. Jika
suara-suara tadi datang lagi, sekurang-kurangnya aku sudah bersedia dengan
jawapan untuk memastikan aku tidak bersalah. Kak Long pernah manjadi penulis
karya kreatif suatu masa dahulu. Dia Digilai peminat. Malah dari kalangan
peminatnya seorang jejaka yang kini menjadi suaminya. Namun kini Kak Long sudah tidak aktif menulis
lagi. Mengapa agaknya? 'Adakah dia juga diganggu watak-watak yang pernah dia
cipta seperti apa yang aku alami? Kalau diganggu; adakah itu yang menyebabkan
dia berhenti menulis?' Watak Syam dan Aisyah menuduhku lelaki tanpa perasaan,
pasif, angkuh dan ego dengan kekacakan. Malah tidak pernah memikirkan perasaan
orang lain terutama wanita. Aku bermonolog sendiri. "Apa motif kau berkarya Akhi!" Soalan
itu kembali menghantui. Maafkan aku Aisyah. Motifku, ingin meminta maaf daripadamu.
Aku tidak pernah menafikan kau seorang teman yang baik. Kau hadir tika lara
hati. Kaulah yang memujuk duka hati ini, melepaskan lara, memberikan semangat,
mendorong kekuatan dan meresahkan jiwa sesekala warkahmu hadir mengusik. Aku mengenali Aisyah sewaktu jiwa kekosongan
sejurus gagal dalam cinta monyet. Cindrelela pertamaku terpaut hati pada lelaki
lain. Belum sempat cinta itu mekar kami dipisahkan. Selepas SPM aku melanjutkan
pelajaran ke Jordan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Dia masih di
peringkat pengajian menengah waktu itu. Perpisahan mengundang kecekalan, kejujuran dan
kesetiaan. Namun itu semua sifar. Bibit-bibit cinta kami berakhir dengan
kehadiran jejaka lain dalam hidupnya. Sewaktu menjelajah belantara ilmu di Bumi
Laut Mati itu, Aisyah hadir mengisi kekosongan. Aku minta maaf darimu...
Aisyah. Aku tidak tahu seawal perkenalan itu cintamu berputik padaku. Sedangkan
aku masih belum bersedia menerima cinta itu lagi setelah gagal dengan cinta
pertama. Aku terkasima memikirkan perjalanan hidup di usia remajaku. Aku mula
sedar kala perhubungan kita semakin akrab cemburuku mendahului segalanya.
Mungkin hatiku mula membina istana cinta terhadapmu. Aku mendapat tahu kau
menjalin hubungan dengan lelaki lain. Aku tidak betah menerimamu secara realiti
lagi setelah itu, meskipun cintamu terhadapku semakin berkembang. Aku terseret
mengungguli cara As-Syahid Syed Qutub yang pernah meninggalkan cintanya
terhadap seorang gadis gara-gara gadis itu ada menjalinkan hubungan dengan
lelaki lain. As-Syahid kemudiannya menumpukan cintanya pada perjuangan Islam. Beliau akhirnya syahid di tali gantung sebagai
hadiah cintanya terhadap janji Ilahi. Aku? Hubungan kita akhirnya hambar. Lantas sengaja aku
gunakan namamu, Aisyah sebagai watak penyeri untuk cerpen Dia Seorang Teman.
Aku tidak bermotif menyakitkan hatimu, malah bukan untuk menambah sengsara
jiwamu. Niatku sekurang-kurangnya watakmu bersatu dengan cinta Protagonis
bernama Syam seperti namaku jua. Itu cara terbaik untukku meminta maaf. Aku
kirimkan manuskrip cerpen itu padamu supaya dapat kau membacanya. Itulah
motifku yang hakiki. Selama seminggu selepas aku dihantui suara-suara
misteri yang mengakui dirinya sebagai watak-watak cerpen Dia Seorang Teman
kuhabiskan untuk mengumpul kekuatan, mencari idea dan menajamkan hujah.
Penulisanku tergendala. Beberapa cerpen yang sedang kutulis terbengkalai. Esei
ibarat karangan merapu. Malah penghasilan puisi-puisiku hambar dan tidak
bernafas lagi. Aku kesesatan dalam belantara dunia penulisan. Dunia yang aku
tempah sendiri. Berkenalan dengan penulis-penulis gergasi dan menceduk ilmu
daripada mereka sehingga mampu menghasilkan cerpen-cerpen bermutu. Menggulung
falsafah dan menaladeni disiplin penulisan yang mapan. Sentuhan penulisan kreatifku semakin pudar
warnanya. Lakaran puisi-puisiku setelah peristiwa itu hanya layak
dibakulsampahkan. Kalau dihantar ke meja editor penerbitan hanya untuk
menyemakkan cuma. Aku hilang semangat menulis. Rupanya apa yang aku alami
disedari beberapa teman karyawan. Sukar aku menjelaskan situasi konflik yang
kualami. Mereka pasti tidak memahaminya atau aku bakal ditertawakan nanti. "Kenapa ni Abang? Termenung jer Su tengok
dari tadi." Suraya isteriku mampir menegur. Igauanku serta-merta sirna.
Nostalgia sewaktu menjadi Cerpenis alias pengarang kreatif suatu masa dulu
hilang. Plot-plot cerpen Dia Seorang Teman yang berlegar di minda hilang
tiba-tiba. Aku kini sudah berumah tangga dan keaktifan menulis semakin kurang.
Barangkali akibat kesibukan dengan kerjaya sebagai pensyarah di UITM. "Petang-petang begini memang seronok
termenung." Jawabku selamba. "Ye lah... seronok. Lagi seronok kalau
terkenangkan sesuatu yang istimewa." Ujar Suraya sinis memintas sambil
perlahan-lahan duduk di kerusi batu sebelahku. "Istimewa? Tak adalah... Mana ada. Nak
kenangkan apa pula?" "Mana lah Su tahu. Entah-entah...." Aku
menoleh ke arah isteriku sambil tersenyum. Kalimah Suraya mati di situ. "Entah-entah apa?" "Entah-entah masih teringatkan Si 'dia'
kot?" "Siapa?" "Sapa tu, Ai... Aisyah kot." Teka
isteriku mengingatkan. "Mana Su tahu ni?" "Alah... Su dengar abang sebut nama tu tadi
seorang-seorang." "Betul ke?" Soalku menduga. Suraya
menangguk. "Su... dalam jiwa abang kasih dan sayang
abang hanya buat isteri abang. Cinta abang hanya untuk Su! Sebab cinta abang
hanya tumpah kepada insan yang menyintai abang. Janganlah salah sangka." "Akhi! Aku ibarat bayanganmu. Kau ciptakan
aku sesedap rasa. Ibarat menterjemah kehidupanmu. Keluarga yang memartabatkan
ilmu, Justeru ayahmu menghantar kau belajar di Jordan. Itulah yang kau lakarkan
dalam Cerpen Dia seorang Teman. Unik dan cantik sekali lakaranmu terhadap
watakku yang juga watakmu." Tutur Suara misteri berwatak Syam memotong
perbualanku dengan Suraya. "Jadi? Kenapa mesti kau tak puas hati dengan
ciptaanku terhadapmu?" "Aku tak puas hati kerana kau ciptakan
Aisyah seorang yang terjebak lesbianime." Aku tersenyum mendengar tutur
itu. "Salah?" Soalku sambil mengangkat
kening. "Tentunya." "Ia hanya sekadar cerpen. Kau harus faham.
Cerpen adalah cereka yang belum tentu sahih. Namun tidak dinafikan ada cerpen
yang bertitik tolak kisah benar. Dia Seorang Teman; bermotif untuk menonjolkan
nilai pengorbanan yang tinggi dari seorang lelaki terhadap seorang wanita
bernama Aisyah selain nilai-nilai lain. Aku menyeret khalayak pembaca menilai
lesbianisme dan homoseksual adalah kepincangan yang wajib dibuang jauh dari
dunia umat Islam." Jawabku yakin. "Aisyah gadis baik. Berpendidikan agama di
peringakat menengah. Dibesarkan dalam keluarga yang bertatasusila. Mengapa kau
jebakkan dia dalam lesbianisme?" "Itu bukan hal pelik. Kau lihat sahaja, ada
gadis yang terjebak dalam kancah cinta dengan lelaki berlainan agama sanggup
menukar agamanya alias murtad. Itukan lebih teruk?" "Bukankah lebih baik kau temukan cinta
antara aku dan Aisyah awal-awal? Barangkali boleh menghalang Aisyah daripada
terjebak lesbianisme." "Hei... cinta sejati cinta yang perlukan
pengorbanan, kesetiaan, kejujuran dan..." Aku mengumpul kekuatan berhujah. "Cinta sejati jarang tiada halangan. Kau
lihat sahaja Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Betapa benih cinta di hati Zulaikha
tumbuh menyebabkan Yusuf terpenjara. Namun setelah Yusuf dibebaskan dan
terpilih menjadi wazir cinta Zulaikha terhadap Yusuf bersatu. Zulaikha ditemui
Yusuf di pasar dalam keadaan yang comot menyebut-nyebut nama Yusuf, sedangkan
Zulaikha asalnya seorang jelitawan. Itu kisah cinta sejati yang bersatu. Ada
juga cinta sejati yang tidak bersatu, terpisah dengan kematian dan sebagainya.
Kau masih beruntung. Watakmu kucipta bersatu dengan Aisyah." Jelasku
panjang lebar. "Bukan itu maksudku!" "Habis maksud kau... aku tidak boleh
memisahkan kau dan Aisyah? Kau tidak boleh ke Jordan? Kalian perlu mendaftar di
Matrikulasi UIAM bersama-sama. Begitu?" Soalku mendesak. Tiada jawapan terpacul. "Kau yakin cinta Aisyah padamu? Atau sedalam
mana cintamu pada Aisyah? Atau kau nak kepastian ada bibit-bibit cinta Aisyah
terhadapku dalam dunia relitinya. Aku baru nak menanam keyakinan. Tapi istana
keyakinanku roboh ketika aku dikhabarkan Aisyah menjalin persahabatan dengan
lelaki lain. Cemburuku begitu. Akukah yang bersalah tidak mampu menerima cinta
Aisyah?" Soalan terakhirku melenyapkan suara-suara misteri
yang menggangguku. Aku lega setelah itu. Dalam Cerpen Dia Seorang Teman aku menemukan
Aisyah dan Syam. Itu cuma watak-watak yang barangkali tidak terjadi antara
Syamsul Bukhari dan Aisyah sebenar dalam dunia realiti. Cukuplah sekadar aku
menggunungkan falsafah pengorbanan seorang lelaki terhadap seorang temannya
dalam cerpen. Dalam dunia nyata hidup bukan ibarat plot-plot cerpen yang bebas
dilakarkan. Pengorbananku barangkali sesuai untuk insan lain. Aku menilai cinta
sejatiku untuk insan bergelar isteri. Kali terakhir aku membaca kalimah-kalimah Aisyah
sewaktu masih berada di Jordan. Aisyah melafazkan dia sukar melupakan insan
bernama Syamsul Bukhari. Sayang. Semuanya sudah terlewat. Aku diikat pertunangan
dengan Suraya, gadis pilihan keluarga yang kukenali semenjak kecil lagi. Cinta
Suraya terhadapku cinta sejati. Mungkin cinta itu berputik sewaktu ayahnya
pernah bergurau untuk berbesan dengan ayahku semasa kami masih kecil. Sewaktu
aku berhempas pulas menamatkan pengajian di Jordan Suraya menamatkan pengajian
dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Cinta kami bertaut
kembali di tanahair dan diikat dengan perkahwinan. Sepertimana aku pernah
ciptakan untuk Syam dan Aisyah dalam Dia Seorang Teman. Semalam aku terima emel dari Aisyah. Dia menjemputku
ke majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka yang mengembalikan cintanya
bernama Hisyam. Masih bernama Syam. Tahniah buatmu Aisyah. "Abang khayal lagi?" "Tak... abang tengah fikirkan sesuatu." "Pasal apa?" "Anak abang macam mana?" Soalku menukar
topik sambil tanganku menjamah perut isteri tercinta seraya mengurut-ngurut
cermat. Suraya tersenyum mesra. Perut isteriku semakin membesar hamil anak
sulung hasil perkahwinanku dengannya sejak hampir setahun yang lalu. "Anak abang jer?" Pintas Suraya bernada
rajuk. "Anak abang kan anak Su juga!" Wajah
keruh Suraya kembali ayu. "Bang... apa kita nak namakan anak kita
ni?" Soal Suraya manja. "Kalau perempuan kita namakan Humaira. Mesti
comel macam ibunya." "Emmm... sedap nama tu. Kalau lelaki? "Kalau lelaki kita namakan Muhammad Al-Amin.
Amacam?" Bukankah Aisyah Ummul Mukminin isteri Nabi
Muhammad SAW dipanggil Humairah?" Apabila
menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih
tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa.Untuk mendidik
anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan
dalam buku, majalah dan juga seminar-seminar yang kita hadiri. Ia
lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran, dan juga sikap
tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental
terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa
keistimewaan yang dilakukan oleh LUQMANUL HAKIM sewaktu mendidik anak.
Di antara nasihat Luqman kepada anaknya ialah : (1)
Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama' (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi
yang mati dengan hujan yang lebat. (2)
Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah
berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih
terbaring di atas katilmu. (3) Janganlah engkau tangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
(4) Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
(5) Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
(6)
Tiga orang yang tidak dapat dikenali perangai sebenarnya melainkan pada
tiga keadaan.Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang
berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika
engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya. (7)
Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih
sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat
sedikit daripada yang lebih sedikit tadi. AQIDAH
Masalah
aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang
muslim.Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini
kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran,
perkataan, mahupun tingkah laku.Kesemuanya berpunca daripada tidak
memahami aqidah ISLAM secara mendalam. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan
ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah(dengan sesuatu
yang lain).Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar." (Surah Luqman: 31) Ayat
ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya
supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih
suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kekotoran, kerosakan dan
kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid
mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.
Kebanyakan
ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak.
Bukan sahaja demikian bahkan terdapat di kalangan ibu bapa tidak tahu
mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan jika
anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanan mereka? Syirik
amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak
ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara
kental.Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam
segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang
paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin
berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak
mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat
sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan
mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa.Sebagai contoh
Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa: "Ketika
aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan
bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada
aku, "Adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau?" Lalu aku
bertanya kembali kepadanya, " Bagaimana cara mengingatiNya?", kemudian
beliau berkata kepadaku, "Sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak
tidur tanpa menggerakkan lidahmu ; Allah bersamaku, Allah melihatku,
dan Allah menyaksikanku". Setelah
beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh
kali pada setiap malam.Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali hingga
aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa
setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! Jagalah baik-baik apa
yang aku ajarkan kepada engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk
ke dalam kubur." Katanya
lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah
sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat
lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksia." Melalui proses
latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni
muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal. SOLAT
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai
anak kesayanganku!Dirikanlah solat." (Surah Luqman:17) Islam memberikan
keutamaan yang sangat besar dan berat kepada solat. Keutamaan ini tidak
pernah diberikan kepada ibadah lain. Kenapa? Kerana ia adalah tiang
agama, sebagaimana sabda Rasulullah saw bermaksud: "Pokok pangkal
sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah
jihad fisabilillah." Solat
yang dikehendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang
diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. Tetapi solat yang sebenar
adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran,
penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran
Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah swt. Dari
segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya
menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.
Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu
manakala dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan
persaudaraan. Sesungguhnya solat itu dapat menjaga seseorang dalam
banyak perkara jika di teliti dengan sebaiknya. Empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arablogistik,
bentuk muka buminya yang berbukit, kegiatan harian orang Arab dan
maklumat yang diperolehi daripada mereka yang tinggal di sempadan tanah
Arab. Bangsa Arab ketika itu dikenali sebagai bangsa
yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di sempadan wilayah
kedua-dua empayar. Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh
kedua-dua empayar dan kawasannya yang mempunyai hasil bumi yang sangat
sedikit menyebabkan kedua-dua empayar
tidak berminat untuk menakluk semenanjung tanah Arab. Disebabkan itulah
kedua-dua kerajaan menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak sebagai kerajaanLakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili empayar Parsi manakala kerajaan GhassanRom. Kawasan semenanjung Arab bukan merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini berdasarkan keadaan pengaman dan penampan daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu, kerajaan ditubuhkan sebagai lambang kuasa empayar ketika itu dikenali sebagai pusat persinggahan para peniaga yang berulang-alik ketika berurusniaga. Selepas tamatnya peperangan antara tentera Rom Byzantine dan tentera Parsi Sassanid dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine yang terakhir di Nineveh
pada tahun 627 M, kedua-dua empayar mengalami masalah dalaman yang
serius seperti masalah cukai yang tinggi, pertembungan sosio-budaya
antara kerajaan Arab-Parsi iaitu Lakhmid yang berpusat di Hirah dengan empayar naungannya kerajaan Parsi Sassanid dan kerajaan Arab-Rom iaitu Ghassan yang berpusat di Damsyik
dengan empayar naungannya Rom Byzantine. Tambahan pula dengan kedua-dua
pihak mengalami keletihan selepas tempoh peperangan begitu lama dalam
siri Peperangan Sassanid-Byzantine. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632 Masihi, seluruh penduduk semenanjung Arab disatukan di bawah agama Islam mula memberikan ancaman yang besar. Pengganti Nabi Muhammad, khalifah Abu Bakar mula melancarkan serangan ke atas Syria dan Palestin
dan berjaya menyatukan kedua-dua bandar ini menjadi sebahagian daripada
negara Islam. Namun begitu, kedua-dua kota ini dituntut oleh empayar
Rom atau Byzantine dan juga empayar Parsi Sassanid. Peristiwa ini seterusnya mengubah suasana dan geopolitik serta pengaruh masyarakat Arab kepada tamadun dunia. Setelah adanya ancaman ketenteraan yang serius dari pihak Arab Islam, kedua-dua empayar yang terkejut dengan serangan tentera Islam mula menumpukan kegiatan ekonominya untuk membiayai perbelanjaan ketenteraan bagi menghadapi kemaraan tentera Islam. Kedua-dua empayar berpendapat bahawa serangan tentera Islam bukan
hanya untuk melakukan kekacauan seperti mana keadaan Arab sebelum
kedatangan Islam, tetapi serangan mereka lebih kepada perancangan untuk
meluaskan jajahan serta menakluk wilayah Parsi dan Rom. Ketika inilah bermulanya siri Peperangan Islam-Rom Byzantine di sebelah barat Arab dan peperangan Islam-Parsi di bahagian timur Arab. Setelah kewafatan Khusrau II, seorang raja Sassanid, kerajaannya berpecah belah dan organisasi tenteranya menjadi kacau bilau. Ini memudahkan tentera Arab Islam menawan kota Hirah
pada tahun 633M. Tentera Parsi Sassanid kemudiannya menyusun semula
kepimpinan mereka sebaik sahaja raja Sassanid baru ditabalkan iaitu Yazdegerd III. Khalid ibn al-Walid, seorang Panglima Besar tentera Islam, berjaya menawan Iraq dari tangan Parsi Sassanid pada Januari 634M menerusi beberapa siri peperangan. Peperangan ini berlaku pada bulan April 633 M. Ia dinamakan Perang
Berantai kerana sejumlah besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan
Panglima Besar Hormuz
diikat dengan rantai besi bagi mengukuh dan menguatkan serangan dan
pertahanan secara berkumpulan. Dari segi teknikalnya, taktik ini akan
memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh. Bagi peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia mempunyai kelengkapan senjata berat
dan tentera berkuda berat. Namun kelemahannya adalah pergerakannya yang
lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang, Khalid ibn al-Walid mengatasi
masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang pantas & cepat.
Ia membuat strategi dengan mengumpan tentera Parsi mengejarnya dari
daerah Kufier hinggalah ke daerah Kazima
yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan yang dialami
oleh tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa. Setibanya tentera Parsi di Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera Islamelitnya untuk mengawal keselamatannya. Namun, kesemua tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah seorang panglima Islam iaitu Qa'qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam. Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid ibn al-Walid berjaya membunuh beliau. dengan secara mengejut. Sewaktu peperangan, Hormuz meletakkan beberapa orang tentera Bagi tentera Parsi, rantai yang diikat di kaki mereka memberi peluang kepada tentera Islam untuk menyerang dengan lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah ribuan orang. Lokasi peperangan ini terletak berhampiran dengan daerah Mesopotamia dan berlaku pada bulan April 633M. Tentera Parsi pimpinan Panglima Besar Karanz bin Karianz dengan dibantu oleh dua orang panglimanya yang terselamat dalam peperangan Berantai iaitu Qubaz dan Anusjahan. Dengan kekuatan tentera seramai 30,000 orang, Karanz menyerang tentera Islam
pimpinan Khalid ibn al-Walid yang jumlahnya hanya 18,000 orang, namun
tentera Islam mampu bertahan dan sebaliknya mereka mampu menewaskan
tentera Parsi. Berlaku pada bulan Mei 633 M. Perang ini adalah di antara tentera Islam pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima Besar Indrazaghur.
Kekuatan tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang
dan tentera Islam ialah 18,000 orang. Dalam peperangan ini, tentera
Khalid berjaya mengalahkan tentera Parsi dengan taktik yang cukup
berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara mengejut dari dua
arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid ibn al-Walid
dalam peperangan ini. Sehari sebelum hari peperangan, Khalid ibn
al-Walid menghantar dua regu tentera berkuda seramai 2,000 orang yang
diketuai oleh Busr ibn Abi Rahm dan Sa'id ibn Abi Marra untuk bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang petempatan khemah tentera Parsi. Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda
Islam adalah berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya,
Khalid melantik Adi ibn Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil tentera berkuda pimpinan Khalid untuk menghadapi tentera Parsi. Pada hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak
tentera Islam, Panglima Besar Khalid memberi isyarat kepada pasukan
berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk membuat serangan balas.
Indrazaghur
terkejut dengan serangan dari arah belakang oleh dua pasukan berkuda
tentera Islam pimpinan Busr dan Sa'id yang mana seterusnya menyebabkan
kematian yang ramai bagi pihak tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban. Juga dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei
633M. Selepas tewasnya tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang
Walaja, tentera Parsi yang terselamat melarikan diri ke Ullais (10 batu dari Walaja). Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi
itu boleh membawa ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa
kerajaan HirahKhalid ibn al-Walid memimpin tenteranya melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai 15,000 orang. Sayap kiri diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai oleh Panglima Adi ibn Hatim. Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang berketurunan Arab dengan dibantu oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar.
menghantar sejumlah tentera sehingga kekuatan saki baki tentera Parsi
tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah sehingga 30,000 orang,
Panglima Besar Setelah mendapat maklumat risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith,
Panglima Besar Khalid ibn al-Walid bergerak ke arah Ullais dan
bertempur secara berdepan tanpa pendekatan taktikal yang khusus
memandangkan Ullais berada di antara Sungai Khasif dan Sungai Furat. Namun begitu, seperti biasa, Khalid menggunakan tentera berkudanya untuk menewaskan tentera Parsi Sassanid
ini. Walaupun begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari
berikutan tentangan hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid ibn al-Walid memuji kekentalan musuhnya di dalam peperangan ini. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid ibn al-Walid sendiri. Beberapa hari selepas pertempuran di Ullais, Khalid dengan kekuatan seramai 15,000 tentera Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka Parsi iaitu Lakhmid. Pertahanan kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang tentera pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul Masih menggunakan manjanik untuk mencegah kemaraan tentera Islam
daripada menakluki kota tersebut. Namun setelah beberapa hari bertahan,
kota yang tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam.
Banyak peralatan peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam. Perang ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan lagi pertahanan tentera Islam di timur Arab. Selepas berjaya menakluki kota Hirah, Khalid ibn al-Walid mara ke suatu tempat yang bernama Anbar yang mana ia terletak 80 batu dari Iraq. Di sini tentera Parsi berpusat di dalam kota untuk bertahan daripada serangan tentera Islam. Tentera Parsi terpaksa berundur dan bertahan kerana banyak peralatan peperangan mereka seperti manjanik mahupun kenderaan penggempur telah digunakan ketika peperangan di Hirah dahulu. Manakala bagi tentera Islam, dengan senjata
dan peralatan peperangan yang baru dan terkini milik tentera Parsi yang
dapat mereka rampas setelah beberapa kali memenangi pertempuran dengan
tentera Parsi sebelum ini memberi kelebihan dari segi kelengkapan senjata untuk menjalankan operasi ketenteraan. Di dalam pertempuran ini tentera Islam seramai 9,000 orang bertempur dengan tentera Parsi pimpinan Panglima Shirazad seramai 10,000 orang. Oleh kerana sukar untuk menembusi kota Anbar, maka Khalid mengarahkan tenteranya menggunakan manjanik untuk memberi tekanan kepada pertahanan musuh, manakala para pemanah pula diarahkan memanah mana-mana tentera Parsi yang menjengukkan kepalanya atau mengintai dari lubang kota. Akibat tekanan dan serangan yang bertali arus daripada kumpulan pemanah tentera Islam semasa kepungan, akhirnya Shirazad menyerah dan tunduk kepada tekanan tentera Islam seterusnya membayar jizyah kepada kerajaan Islam. Lokasi peperangan ini terletak di bahagian barat daerah Anbar. Tentera Parsi pimpinan Panglima Aqqa ibn Qays dapat ditewaskan oleh Khalid ibn al-Walid dan Aqqa sendiri dapat ditangkap oleh Khalid. Pada November 633, seorang panglima tentera Parsi yang berpengalaman luas, Bahman Jadu dilantik oleh Yazdegerd III
untuk menyusun semula kekuatan tentera Parsi supaya bergabung dengan
saki baki tentera yang terselamat dalam Perang Ullais. Dengan
menggerakkan tenteranya di Muzayyah sementara menanti sokongan daripada
tentera Parsi yang telah berperang di Ullais, Bahman Jadu membuat
garisan pertahanan di situ. Dalam peperangan ini, Khalid ibn al-Walid membahagikan tenteranya
kepada 3 kumpulan yang mana kumpulan pertama diketuai oleh beliau
sendiri untuk berhadapan dengan tentera induk Parsi pimpinan Bahman di Muzayyah, kumpulan kedua diketuai oleh Qa'qa ibn Amru untuk berdepan dengan tentera sokongan Parsi di Husaid dan kumpulan ketiga diketuai oleh Abu Laila untuk berdepan dengan tentera bantuan Parsi di Khanafi. Dalam hal ini, Khalid berpendapat untuk memecahkan kekuatan tentera Parsi Sassanid, tentera Islam perlu berhadapan dengan tentera Parsi di tiga tempat yang berlainan dengan menggunakan tentera berkuda. Hasilnya, tentera Islam dapat menyekat dan mencegah kemaraan tentera Parsi
dalam pertempuran berskala kecil di tiga tempat yang berlainan. Taktik
ini berjaya menewaskan kesemua tiga kumpulan tentera Parsi Sassanid.
Jumlah kekuatan tentera Islam adalah 15,000 orang sementara tentera
Parsi seramai 18,000 orang. Buat pertama kalinya, Khalid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantine dan tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang. Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluk wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantine. Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan
cepat, tentera Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid ibn al-Walid
sekali lagi berjaya mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari
634 M dan menawan hampir keseluruhan Iraq. Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantine yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Nabi Muhammad yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-JarrahPeperangan Islam-Rom Byzantine. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid. dalam siri Berlaku pada bulan Oktober 634 M. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah. Lokasi pertempuran ini terletak berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Ketika hari pertempuran, tentera Islam pimpinan Abu Ubaid
mara dan menguasai medan peperangan. Namun Bahman kemudiannya menyerang
balas terhadap tentera Islam dengan tentera bergajah mereka. Akibat
daripada serangan tentera bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang
tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa
berundur dan ini membuatkan tentera Parsi berjaya mengalahkan mereka. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini. Seramai 4,000 orang tentera Islam terkorban syahid. Ketika itu tentera Islam kemudiannya dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Pengunduran tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan tentera Islam terkorban dengan lebih ramai. Pada ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk
menghancurkan kekuatan tentera Islam yang mempunyai petempatan
sementara di Sungai Furat, Panglima Besar Parsi Rostam Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang ke Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya masalah dalaman negara.
Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan
balas pihak Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam
pertempuran dengan tentera Parsi. Selepas peperangan ini, tentera Islam
mula memperlahankan rentak dan mengambil sikap hanya bertahan dengan
membina sebuah markas pertahanan di Kufah. Ini kerana terdapatnya
masalah logistik,
kekurangan bekalan asas dan ketiadaan panglima perang yang cekap untuk
memimpin tentera untuk menakluk negara Parsi. Dengan ini, operasi
ketenteraan terhenti buat seketika waktu. Walau bagaimana pun tentera Parsi masih menganggap garisan pertahanan yang dibuat oleh tentera Islam memberi ancaman yang serius. Pada tahun 636 M, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid.
Untuk itu, dia mengatur langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan
mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi
Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan
sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana berhadapan dengan
tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang bijak. Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera dibawah arahan Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas
untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari
di mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan
dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera
bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang tentera pejalan kaki di bawah pimpinan Panglima Qa'qa ibn Amru.
Qa'qa ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua. Ketika
perbincangan dengan para panglima tentera, Qa'qa berpendapat tentera
bergajah Parsi adalah ancaman utama bagi tentera Islam. Lalu, dia
mencadangkan agar kuda-kuda dan unta-unta disolek dan dihias dengan
hiasan yang menggerunkan. Taktik ini berjaya menakutkan gajah-gajah
Parsi. Pada hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn Utbah
tiba. Di dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang sudah
memeluk Islam iaitu Dakhar dan Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah
perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah dipotong dan mata gajah
tersebut hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera bergajah
Parsi. Taktik ini berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh
tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu
tentera bergajah dapat ditewaskan. Pada hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas
menyusun barisan tenteranya. Berbanding Khalid yang gemar menggunakan
sepenuhnya tentera berkuda, kumpulan bersayap dan serangan balas yang
pantas, Sa'ad lebih gemar menggunakan kumpulan pemanah. Penyusunan
barisan tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki dengan
bantuan kumpulan pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam. Sesuai
dengan kemahirannya dalam memanah, Sa'ad ibn Abi Waqqas menggunakan
sepenuhnya kumpulan pemanah di hari terakhir pertempuran yang membawa
kepada kejayaannya di Qadisiyyah. Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam Farrokhzad terkorban dan inilah bermula titik tolaknya kejatuhan Empayar Parsi Sassanid. Walaupun Iraq dan ibu kota Sassanid berjaya ditawan tentera Islam,
tetapi raja Sassanid, Yazdegerd III berjaya melarikan diri ke penara
Parsi. Maka, para panglima Islam kemudiannya mara ke hadapan ke tanah
Parsi. Mereka berasa bimbang Yazdegerd III akan menghimpunkan semula tentera Parsi dan menentang tentera Islam. Yazdegerd walau bagaimanapun berjaya menghimpunkan semula tenteranya
untuk berhadapan dengan tentera Islam. Pada tahun 642 M, pasukan ini
berkubu di Nihawand 40 batu di selatan Hamadan. Khalifah Umar apabila mendengar berita ini, melantik Nu'man ibn Muqarrin sebagai Panglima Besar tentera Islam. Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani
tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai
100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya
adalah Panglima Pirouzan. Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid
dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin
menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan
pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi. Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi
Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid.
Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi
terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man
ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah
Al-Yamani. Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk
menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau
kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan Afghanistan, Transxonia dan Balochistan.
Setelah kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan
dan pengamalan agama ini diharamkan kerana dianggap melencong daripada
ajaran sebenar. Pengislaman Bangsa Iran atau Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan dan mengambil masa yang lama. Ketika pemerintahan Umayyah, bahasa dan kebudayaan parsi diharamkan manakala tulisan Parsi digantikan dengan aksara Arab. Bangsa Parsi pula ditindas dan didiskriminasi. ini menyebabkan ramai Bangsa Iran benci terhadap pemerintah Arab dan Islam Setelah kejatuhan wangsa Umayyah, tampuk kepimpinan Islam digantikan oleh Khalifah Abbasiyyah. Empayar bertukar kebijakan daripada bertumpu kepada Islam Arab kepada Islam keseluruhannya.
Birokrat-birokrat kerajaan haruslah umat Islam tidak mengira suku
bangsanya. Era ini menyaksikan ramai bangsa Iran memeluk Islam. Ketika
zaman ini juga, terdapat migrasi bangsa Arab keluar semenanjung Arab. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh "(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (Qur'an 1:6) Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri dan rakan sekelian. Kekadang
kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk
ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa
bagaimanakah jalan yang lurus tersebut? Allahu
a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita
menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan
akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah
yang merangkumi segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai
Ummul-Kitaab. Jika kita melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat
asal segala-galanya. Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia
membawa implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu
dibereskan pemahamannya "Katakanlah
(wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31) Maka
jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan
dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan di atas muka bumi, terlampau
banyak manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana
kita berdepan dengan hal ini? Perlulah
kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha
illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan rasulullah), maka ia
perlu diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam
menaakul hal ini agar amal yang kita teruskan adalah dalam kehatian
laksana melalui jalan yang berduri ( definisi taqwa Saidina Umar). Bila
memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan
lebih menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya jalan selamat dan
lurus menuju Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran
pertelagahan yang banyak berlaku di kalangan umat Islam sekarang ini
adalah disebabkann pemahaman berbeza dalam kalimah tauheed ini yang
menjadi asas perubahan (asas-ul-inqilaab) dalam masyarakat, sebagaimana
yang ditunjukkan generasi di zaman Rasulullah. Cukuplah
untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat
Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu yang buruk dari
Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara'
(berlepas diri dari sesuatu) yang wujud dalam kalimah tauheed, sebagai
asas penaakulan kita, adalah paralel dengan kaedah ini. Sebagai
seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu
serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di bawah yang tercatat dalam
Surah Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A'raf (Quran 7:59) 1) Melakukan kekufuran Itulah
antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada
Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia yang boleh mengaku
dia berada di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh
ALlah. Lantaran itu kepada sahabat sekelian, marilah kita bertolongan
atas kebajikan dan taqwa, dan kita tidak akan membantu sama sekali hal
yang membawa dosa dan permusuhan agar jalan lurus yang satu daripada 72
golongan itu adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini
lantaran menuntut Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari kerja yang biasa saya masuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 'chocolate brownies'. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah. Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya. Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||